Latar belakang
Kehidupan peribadi
Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz dilahirkan pada tarikh 10 Januari 1931 di Desa Pulau Malaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua dari sembilan orang adik beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, dia dikurniakan 10 orang cahaya mata.
Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz sering dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan wara'. Pada hampir setiap waktu, dia selalu dilihat dalam berpakaian berjubah dan berserban. Dia juga mengaku solat dalam keadaan gelap ketika berada di dalam pejabatnya kerana tidak ingin menggunakan duit pemerintah untuk kepentingan dirinya. Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat biasa. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.
Sebelum menjadi Menteri Besar, dia merupakan seorang guru agama yang aktif. Dia pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, SMA Agama Darul Anwar (milik bapanya) dan SMA Maahad Muhammadi yang semuanya terletak di Kelantan. Maka tidak heran dia lebih ramah dengan julukan 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Bahkan hingga kini, dia masih aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, dia akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudian memberikan kuliah singkat di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah saja dari rumahnya.
PENDIDIKAN
Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal dari ayahnya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar di kediamannya di Pulau Melaka. Dia memperolehi Ijazah Sarjana dalam Perundangan Islam di Universiti al-Azhar di Mesir. Ketika belajar, dia pernah menjadi salah seorang saksi kepada Perang Arab-Israel.
Dia juga pernah belajar di:
· Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat, Kelantan (3 Bulan) – 1936
· Universitas al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam.
KARIER POLITIK
Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz mula menjadi anggota PAS pada tahun 1967, dan beliau telah menjadi ketua umum parti tersebut. Sejak tahun 1990, beliau telah memegang tampuk kepemimpinan sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau juga adalah seorang ADUN bagi daerah N.06 Chempaka, Kelantan. Pada pemilu ke-11, Nik Aziz menyandang kerusi tersebut setelah mengalahkan Ruhani Mamat (BN) dengan jumlah 3.694 suara.
Pada pemilu ke-12/2008, beliau berhadapan dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang mewakili Barisan Nasional (BN) di daerah yang sama. Secara peraturannya, Nik Aziz boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon ketika lawannya lupa untuk menurunkan tanda tangannya pada penamaan calon. Namun ia tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani kembali formulir pencalonan tersebut. Hasil pemilu tersebut menyatakan kemenangan Nik Aziz dalam jumlah lebih besar, iaitu 4.249 suara.Ia bersedia untuk melepaskan jabatan sebagai seorang Menteri Besar setelah pemilu 2013.Penggantinya itu akan dipilih melalui proses pemungutan suara yang sulit. Namun jika dinilai yang dibuat kelak mengawasinya terus dipilih, ia siap melanjutkan tanggung jawab itu bahkan sudah terlibat dalam politik PAS sejak 42 tahun lalu..
Dia dituduh mengamalkan kronisme dengan menunjuk menantunya Ariffahmi sebagai direktor utama PMBK, tetapi ia menyatakan janji itu berdasarkan kualifikasi pendidikan tinggi dan pengalaman luas dalam bidang rekayasa. Ariffahmi akhirnya mengundurkan diri.
No comments:
Post a Comment